PUSAT SUMBER SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN TERIANG 71600 KUALA KLAWANG JELEBU, NEGERI SEMBILAN D.K.

TINGGAL KENANGAN

GPM bergambar bersama bekas Guru Besar , Puan Noriah binti Mat Jusoh, bekas GPK 1, Encik Abdul Rahim bin Adam dan bekas GPK Kokurikulum, Encik Ahmad Mujor Mohd Sallehuddin. Puan Noriah telah bersara, manakala kedua-dua GPK telah berpindah ke Seremban. Mereka bertiga merupakan pentadbir yang berwawasan dan kraetif.

Cikgu itu mesranya pada wajah
Cikgu itu tegasnya mencorak laku
Cikgu itu pakarnya menguasai ilmu
Cikgu itu ikhlasnya hati budi
Cikgu itu jasanya dihitung hari ini
esok, lusa dan selamanya.


Terima kasih CIKGU...
Budimu melaut ilmu...
Tiap katamu menjadi intan terbilang...
Berkilau memancar persada semesta
Ingatanmu memacu kehidupan...
Puisimu khazanah pedoman...
Wajah ceriamu menelusur buana...
Memimpin sesiapa jua menjadi dewasa.
GURU...
Bukan 1 tapi beribu...
Bukan sementara tapi selamanya...
Bukan dimusuhi tapi disayangi...
Bukan dilupai tapi diingati..
Bukan setakat ini tapi hingga hujung nyawa.
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

KURSUS PEMBINAAN BLOG PSS

Bertempat di SK Kuala Klawang, telah berlangsung kursus pembinaan blog untuk Guru Perpustakaan & Media bagi PKG Kuala Klawang. Kursus yang dikendalikan oleh Cik Radziah dari PKG Tampin menarik minat semua peserta. Kursus yang berlangsung selama dua hari dipenuhi dengan sesi cuba jaya, soal jawab malah kadang kala dibauri oleh gelak ketawa apabila ada yang mengeluh kekecewaan akibat blog yang diobina tidak mencapai impian mereka.SELAMAT BERKURSUS...

Sistem Automasi Perpustakaan

Dalam mesyuarat GPM kali kedua, suatu promosi tentang Sistem Pengautomasian terkini telah diadakan. Terkejut juga mendengar harga sistem tersebut yang agak tinggi, malahan melebihi peruntukan yang diterima daripada KPM. GPM amat berminat untuk mendapatkan sistem tersebut tetapi apabila mendengar harganya, GPM terpaksa berfikir banyak kali. Peruntukan diterima hanya sekitar RM2000. Harga Sistem Automasi mencapai RM 2900.

GPM mencadangkan agar PKG memberi taklimat kepada semua Pengetua dan Guru Besar tentang sistem tersebut. Hal ini kerana merekalah yang mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan keputusan. Siapalah GPM!!!!! Minat sahaja tidak mencukupi andai tiada kuasa membuat keputusan. Gigit jarilah nampaknya..................

Tentang Kami

SK Teriang terletak kira-kira 1 km dari Pekan Kuala Klawang. Antara sekolah yang tertua di Daerah Jelebu. Sekolah ini mempunyai bilangan murid seramai orang dan orang guru.

Motto Sekolah

Kod Sekolah

No Telefon

No Faks

Email sekolah

SK Teriang

SK Teriang

Pautan Pendidikan Negeri

Waktu Solat

Blog Archive