PUSAT SUMBER SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN TERIANG 71600 KUALA KLAWANG JELEBU, NEGERI SEMBILAN D.K.

S.K. TERIANG SEKOLAH BERTUAH

Kata pepatah, "tuah ayam nampak di kaki, tuah SK Teriang siapa yang tahu?". Baru-baru ini warga SK Teriang dikejutkan dengan kedatangan tetamu-tetamu istimewa dari HQ Telekom Malaysia (TM), Kuala Lumpur. Rombongan itu yang diketuai oleh orang kanan TM telah mengumumkan pemilihan SK Teriang sebagai 'anak angkat' TM. Mana tak bertuahnya..... antara beratus-ratus sekolah di seluruh Malaysia ini , SK Teriang menjadi pilihan di samping dua sekolah lain .

Banyak keistimewaan yang bakal kami peroleh sebagai anak angkat syarikat telekomunikasi terbesar negara ini. Antaranya sumbangan 10 buah set komputer lengkap, sebagai tambahan kepada kemudahan yang sedia ada. Selain itu , pakar-pakar ICT TM akan turun padang untuk menurunkan ilmu dan kepakaran mereka , bukan sahaja kepada murid-murid, malahan semua warga sekolah dan ibu bapa. Harapan TM , melalui program ini semua warga SKT dan keluarga mereka akan celik IT, malah menjadi mahir seiring dengan keperluan semasa.

Tahniah kepada semua warga SKT. Program berharga RM40,000 ini wajar kita manfaatkan. Namun, setiap kejayaan perlukan pengorbanan. Bulan Julai ini semua warga SKT perlu bekerja keras siang dan malam demi memastikan kejayaan majlis perasmian program yang dijadualkan pada 25 Julai ATAU 1 Ogos ini. Sama-sama kita lakukan yang terbaik. 'Muafakat Membawa Berkat'.

0 comments:

Post a Comment

Tentang Kami

SK Teriang terletak kira-kira 1 km dari Pekan Kuala Klawang. Antara sekolah yang tertua di Daerah Jelebu. Sekolah ini mempunyai bilangan murid seramai orang dan orang guru.

Motto Sekolah

Kod Sekolah

No Telefon

No Faks

Email sekolah

SK Teriang

SK Teriang

Pautan Pendidikan Negeri

Waktu Solat

Blog Archive