PUSAT SUMBER SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN TERIANG 71600 KUALA KLAWANG JELEBU, NEGERI SEMBILAN D.K.

PR0GRAM SEKOLAH ANAK ANGKAT TM-KPKK

Majlis pelancaran Program Sekolah Anak Angkat TM-KPKK akan diadakan pada 24 Julai 2009 bersamaan hari Jumaat. Majlis gilang-gemilang itu dijangka akan dirasmikan oleh YB Dato' Seri Utama Dr Rais bin Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Pelbagai acara telah dirancang pada hari tersebut. Antaranya seperti aktiviti jualan oleh TM (TMpoint on wheels), pameran oleh warga SK Teriang dan Agensi Kerajaan, persembahan kebudayaan, pertandingan karaoke, pertandingan mewarna dan pertandingan kuiz.

Majlis perasmian dijangka berlangsung seawal jam 8.00 pagi di Dataran Ilmu. Aktiviti-aktiviti lain akan dijalankan di sekitar kawasan sekolah.

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan majlis dan mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan yang diadakan.

0 comments:

Post a Comment

Tentang Kami

SK Teriang terletak kira-kira 1 km dari Pekan Kuala Klawang. Antara sekolah yang tertua di Daerah Jelebu. Sekolah ini mempunyai bilangan murid seramai orang dan orang guru.

Motto Sekolah

Kod Sekolah

No Telefon

No Faks

Email sekolah

SK Teriang

SK Teriang

Pautan Pendidikan Negeri

Waktu Solat

Blog Archive